awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia ditemukan di ladang kelapa sawit

Bernama
Bernama
07/05/2025
21:00 MYT
Rangka manusia ditemukan di ladang kelapa sawit
Hasil siasatan yang dibuat di lokasi kejadian dengan bantuan unit K9 PDRM berjaya menemukan hampir keseluruhan rangka manusia berkenaan kecuali kedua-dua tapak tangan. - Foto IPD Muallim
IPOH: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, Slim River Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.13 petang berhubung penemuan rangka itu daripada orang awam.
"Hasil siasatan yang dibuat di lokasi kejadian dengan bantuan unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menemukan hampir keseluruhan rangka manusia berkenaan kecuali kedua-dua tapak tangan.
"Rangka berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau kenalan agar dapat tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ladang kelapa sawit
#rangka manusia
#Polis Daerah Muallim
#Slim River
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami