awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM

Bernama
Bernama
11/11/2024
15:20 MYT
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
TUDM memaklumkan bahawa semua pesawat milik pasukan itu berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan bahawa semua pesawat milik pasukan itu berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM.
"Susulan video dan gambar beberapa rangka pesawat (yang dikatakan jenis F-5E buatan Amerika Syarikat) yang tular di media sosial (Facebook, TikTok dan platform X), TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat-pesawat tersebut bukan milik TUDM.
"Pihak TUDM menyeru agar tidak dilanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 10 saat dan gambar memaparkan beberapa pesawat pejuang yang dipercayai berada di sebuah pelabuhan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#TUDM
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan