awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkaian keselamatan AI ASEAN disasar diterima pakai pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 

Bernama
Bernama
13/08/2025
00:50 MYT
Rangkaian keselamatan AI ASEAN disasar diterima pakai pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 
Anwar merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN Ai Malaysia 2025 di MITEC Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025. Turut hadir, Menteri Digital Gobind Singh Deo (dua, kiri) dan Kao (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu deklarasi mengenai penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe) disasarkan akan diterima pakai oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
Beliau berkata ini merupakan langkah penting ke arah menginstitusikan keselamatan, etika dan prinsip tadbir urus AI seperti yang dipersetujui oleh Menteri-Menteri Digital ASEAN selain menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju AI Bertanggungjawab ASEAN.
“Penubuhan ASEAN AI Safe sejajar dengan gesaan global bagi mewujudkan rangkaian antarabangsa untuk menangani risiko keselamatan AI melalui kerjasama antara kerajaan, ahli akademik dan industri.
“ASEAN AI Safe menggariskan komitmen terhadap pembangunan AI yang bertanggungjawab dan menantikan penubuhan rasmi rangkaian itu pada awal 2026,” katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak ASEAN AI Malaysia 2025 semalam.
Pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan AI buatan Malaysia yang dikenali sebagai ‘ILMU’, yang dihasilkan oleh YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya.
Selain itu, Kao berkata walaupun berlaku ketidaktentuan berterusan dalam perdagangan global, dunia sedang menyaksikan pertumbuhan AI yang transformatif dalam membentuk semula setiap aspek ekonomi, masyarakat dan kehidupan seharian.
Justeru, katanya, Sidang Kemuncak AI ASEAN yang pertama itu menyediakan peluang tepat pada masanya bagi meningkatkan kerjasama serantau dan membina kepercayaan strategik merangkumi visi bersama dalam inovasi dan pembangunan inklusif sebagai panduan kepada kerjasama kolektif ke arah era baharu transformasi digital.
Kao berkata AI dijangka menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar sebanyak 10 hingga 18 peratus, bersamaan dengan hampir US$1 trilion menjelang 2030.
Selain itu, katanya, tahun ini, ASEAN memberi keutamaan kepada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) untuk membina ekosistem digital serantau, yang berpotensi menggandakan unjurannya kepada US$2 trilion menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Rangkaian Keselamatan AI ASEAN
#AI Safe
#Kao Kim Hourn
#AI buatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan