Jangan lempar tuduhan melulu – Hadi Awang

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pertahan tindakannya menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran, Iran.

Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam sedunia itu menegaskan, beliau pendirian tegas dalam menentang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan yang berlaku di Timur Tengah termasuk Syria, Yemen, Iraq dan Palestin.


Kapasitor terbakar punca kebakaran HSA

Kebakaran tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dua bulan lalu berpunca daripada kapasitor di dalam lampu yang terbakar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kapasitor di dalam lampu yang terbakar itu dikatakan berkemungkinan terkena bahan mudah bakar termasuk cadar, baju pesakit dan langsir sehingga menyebabkan api pantas marak.


KWSP tiada lagi kepentingan dalam FGV

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP tidak lagi memegang kepentingan dalam Felda Global Venture Holdings Berhad.

Dalam kenyataan KWSP berkata badan itu mahu memastikan amalan tadbir urus pelaburannya kekal telus dengan dasar kawalan risiko dan peruntukan aset yang bersesuaian dengan polisi dividen KWSP.


Suspek rempuh pasar krismas Berlin mati ditembak

Suspek insiden rempuhan trak di pasar krismas Berlin disahkan mati ditembak.

Menteri Dalam Negeri Itali Marco Minniti bekata pihaknya tanpa keraguan mengesahkan identiti suspek sebagai Anis Amri.

Amri yang diburu pihak berkuasa Jerman menghilangkan diri selepas kejadian rempuhan Isnin lalu yang mengorbankan 12 nyawa di sebuah pasar krismas. - Foto AFP / BKA / HANDOUT

Mati terminum losyen

Sekurang-kurangnya 72 orang maut selepas meminum minuman keras mengandungi losyen mandi di Rusia.

Kementerian kesihatan Rusia-Siberia berkata minuman terbabit turut mengandungi methanol.