awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada jejak harimau dikesan di Proton City - Perhilitan
JKNJ laksana mobilasi pegawai perubatan kontrak tangani kekurangan di hospital
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Bus laksana penstrukturan semula laluan bas bermula 16 jan

Bernama
Bernama
11/01/2026
04:50 MYT
Rapid Bus laksana penstrukturan semula laluan bas bermula 16 jan
Rapid Bus kekal komited untuk memastikan proses penstrukturan ini dilaksanakan dengan lancar dan akan terus menyalurkan maklumat terkini kepada orang awam melalui laman web serta saluran media sosial rasmi Rapid KL.
KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula fasa pertama melibatkan beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang bermula 16 Jan ini bagi meningkatkan kecekapan operasi serta kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam bas.
Rapid Bus dalam kenyataan hari ini memaklumkan penstrukturan berkenaan melibatkan 16 laluan bas perantara MRT serta tiga laluan bas Rapid KL yang akan ditukar sepenuhnya kepada perkhidmatan Rapid KL On-Demand.
Menurut kenyataan itu, langkah tersebut diambil susulan jumlah penumpang harian yang rendah di laluan terlibat, selain kewujudan pilihan alternatif menerusi perkhidmatan Rapid KL On-Demand.
"Laluan yang terlibat dalam penstrukturan ini merangkumi kira-kira tujuh peratus daripada keseluruhan 281 laluan bas di bawah kendalian Rapid KL, termasuk laluan bas perantara MRT dan LRT," menurut kenyataan itu.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata penstrukturan berkenaan dibuat berdasarkan dapatan Demand-Led Bus Network Study, iaitu kajian perancangan rangkaian bas berasaskan data penggunaan sebenar penumpang yang dilaksanakan sejak pertengahan 2024.
Beliau berkata kajian itu membolehkan Rapid KL menyusun semula laluan serta kekerapan perkhidmatan agar lebih selari dengan keperluan semasa pengguna sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas.
Menurutnya, akses perkhidmatan kepada pengguna sedia ada kekal terjamin menerusi sokongan perkhidmatan Rapid KL On-Demand yang boleh ditempah melalui aplikasi Rapid On-Demand, yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store.
Beliau berkata pengguna masih boleh meneruskan perjalanan harian mereka melalui rangkaian perkhidmatan yang tersedia mengikut keperluan masing-masing.
"Rapid Bus kekal komited untuk memastikan proses penstrukturan ini dilaksanakan dengan lancar dan akan terus menyalurkan maklumat terkini kepada orang awam melalui laman web www.myrapid.com.my serta saluran media sosial rasmi Rapid KL," menurut kenyataan itu.
Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Rapid KL: 03-7885 2585 atau emel: [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid Bus
#penstrukturan semula
#Rapid KL
#Rapid KL On-Demand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan