KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd memberi jaminan kepada penumpang bahawa perkhidmatan tren mereka tidak akan terjejas dan kekerapan akan dikekalkan untuk memenuhi keperluan penumpang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamdan berkata, gangguan laluan Kelana Jaya yang berlaku pada Jumaat, adalah disebabkan tren terkandas kerana kebocoran angkup (caliper) brek hidraulik.
Jelasnya, Pusat Kawalan Operasi (OCC) menerima laporan masalah brek pada sebuah tren di Stesen Pasar Seni kira-kira jam 4.36 petang.
“Sebagai langkah keselamatan, penumpang diturunkan dan tren dipandu secara manual.
“Bagaimanapun, ketika melepasi stesen KL Sentral, sistem brek telah mengalami kegagalan akibat kebocoran bendalir hidraulik yang menyebabkan tren diberhentikan kerana ia tidak lagi selamat untuk dipandu secara manual,“ katanya dalam sidang media di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini, hari ini.
Susulan itu, OCC kemudiannya memutuskan untuk memotong bekalan kuasa bagi membolehkan jurutera menjalankan pemeriksaan.
Laluan alternatif telah diaktifkan antara stesen LRT Bangsar ke LRT Pasar Seni untuk membawa penumpang yang terjejas.
Amir juga memaklumkan, proses penggantian dan baik pulih sistem brek sedang dijalankan secara progresif bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November depan.
“Sehingga hari ini, projek itu telah siap lebih 39 peratus daripada keseluruhan armada tren.
“Kami sentiasa berusaha sedaya upaya dengan segala kepakaran yang ada bagi memastikan perkhidmatan rel kendalian kami berfungsi dengan lancar pada setiap masa tanpa sebarang gangguan,“ katanya lagi.
Penumpang yang terlibat dengan insiden ini boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula hari ini. Penumpang boleh hadir ke mana-mana kaunter LRT Rapid KL bagi mendapatkan kupon tersebut.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala bermula pukul 4.36 petang semalam, menyebabkan lebih 21,000 pengguna terjejas. Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada 6.36 petang setelah kerja pengalihan tren selesai.
Madiha Abdullah
Sat May 21 2022
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala bermula pukul 4.36 petang semalam, menyebabkan lebih 21,000 pengguna terjejas. - Foto/Sinar Harian
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Sistem paparan maklumat laluan MRT Kajang alami gangguan
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan pihak teknikal sedang berada di lokasi untuk kerja baik pulih.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama.
Rapid Bus perjelas isu pelancong tak dapat naik Rapid KL
Semua maklumat yang berkaitan telah disiarkan di laman web rasmi MyRapid serta di saluran media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE.
6 penumpang lalui detik cemas, bas Rapid KL dinaiki terbakar
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP
Perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Pesta Bola Merdeka: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 tengah malam
Waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan, manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa.