awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT

Bernama
Bernama
29/11/2023
16:39 MYT
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
KUALA LUMPUR: Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebaliknya kejadian itu hanyalah bunyi percikan api berpunca daripada sebuah tren bernombor 28 yang sebelum itu dikeluarkan daripada perkhidmatan di stesen Taman Mutiara kerana menyebabkan 'alarm' atau amaran kepada sistem bekalan kuasa trek MRT di stesen berhampiran.
"Insiden menyebabkan atau menghasilkan 'bunyi spark' (bunyi percikan api) seperti yang dilaporkan. Bagaimanapun tiada sebarang letupan atau kebakaran.
"Atas faktor keselamatan, tren tersebut telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan penumpang telah diminta untuk menaiki tren berikutnya yang tiba di Taman Mutiara. Tren terbabit kemudian dibawa ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci," menurut kenyataan itu.
Pada waktu kejadian, pegawai transit yang berada di dalam tren sentiasa memantau keadaan bagi memastikan tiada sebarang gangguan terhadap jadual perjalanan perkhidmatan tren MRT Laluan Kajang.
Terdahulu tular menerusi media sosial perkongsian pengguna MRT terbabit yang mendakwa berlaku letupan di tren terbabit sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#nafi
#letupan
#MRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan