awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid KL lanjut perkhidmatan LRT, MRT, Monorel pada Sabtu ini

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
13/04/2023
01:52 MYT
Rapid KL lanjut perkhidmatan LRT, MRT, Monorel pada Sabtu ini
Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. - Gambar fail Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi beberapa stesen rel terpilih membabitkan LRT, MRT dan Monorel pada Sabtu (15 April 2023) sehingga jam 1.30 pagi.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Rapid KL memaklumkan, pelanjutan waktu operasi itu bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara stesen yang dilanjutkan perkhdimatannya adalah Masjid Jamek dan KLCC (LRT Laluan Kelana Jaya), Masjid Jamek (LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling), Bukit Bintang (MRT Laluan Kajang) dan Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit (Laluan Monorel).
Jelasnya, stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa.
Namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Sementara itu, susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.
Stesen-stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga jam 1.30pagi - Foto/RapidKL
Stesen-stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga jam 1.30pagi - Foto/RapidKL
Topic Berkaitan
#hari raya
#LRT
#MRT
#RapidKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan