awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024

Bernama
Bernama
17/02/2024
06:30 MYT
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya beroperasi semula hari ini selepas lebih setahun ditutup akibat kerosakan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah berkenaan bertambah berbanding 155,000 penumpang pada tahun lepas, susulan pembukaan semula laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya pada 6 pagi tadi.
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada waktu puncak kembali normal dengan masa menunggu tiga minit bagi daerah pusat perniagaan (CBD) dan enam minit di luar daerah pusat perniagaan (non-CBD) dengan pengoperasian 37 tren," menurut kenyataan itu.
Rapid Rail memaklumkan pembukaan semula laluan itu dibuat setelah mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berdasarkan penilaian dan pemeriksaan yang dijalankan.
"Proses membaik pulih telah selesai sepenuhnya pada 30 Dis lepas dan pemeriksaan serta pengesahan telah dilakukan oleh pihak jurutera perunding selain beberapa siri ujian dan pemantauan menyeluruh telah dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 16 Feb (semalam)," menurut kenyataan itu.
Laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya telah ditutup sejak 27 Jan tahun lepas atas faktor keselamatan akibat kerosakan struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen Bandaraya.
Menurut Rapid Rail kerja-kerja membaik pulih kerosakan telah dimulakan pada 17 Mac tahun lepas dengan melibatkan dua fasa merangkumi kerja-kerja menyokong jejambat di P163, P164 dan P165 serta mengembalikan struktur jejambat ke kedudukan asal.
Rapid Rail berharap pergerakan penumpang dipermudah selain jumlah penumpang dapat dipertingkatkan dan aktiviti ekonomi di sekitar laluan itu akan kembali rancak.
"Pihak Rapid Rail ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengguna setia LRT atas kesabaran dan sokongan berterusan ketika penutupan laluan ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rapid rail
#LRT
#laluan Ampang Sri Petaling
#stesen Masjid Jamek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan