MELAKA: Senator Datuk Ras Adiba Radzi dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dalam bidang Pendidikan Khas (SEAMEO SEN).
Pengiktirafan itu diberikan pada Mesyuarat Lembaga Pengelola SEAMEO SEN ke-10 semalam, yang menyediakan pembangunan pendidikan untuk pihak yang bergiat secara langsung dalam pendidikan khas di rantau Asia Tenggara.
Ras Adiba, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan kepada beliau dan komuniti orang kurang upaya di negara ini.
"Saya sebenarnya begitu terharu dan tidak sangka dengan pelantikan ini. Ia satu penghormatan yang besar buat diri saya. Saya harap dengan pelantikan ini, negara kita dapat bersama-sama dengan negara Asia Tenggara yang lain bersatu memastikan tiada diskriminasi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Meraikan SEAMEO SEN di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah SEAMEO SEN Malaysia Dr Hanani Harun Rasit dan Pengarah Sekretariat SEAMEO Dr Erthel Agnes Pascua-Valenzuela.
Ras Adiba juga berkata antara yang diperjuang oleh beliau bersama SEAMEO SEN termasuk aspek pembelajaran sekolah dengan ibu bapa dan guru dapat diberikan sokongan sepenuhnya.
"Kita sudah di tahun 2022 dan seharusnya bergerak ke hadapan untuk memastikan kualiti pembelajaran anak-anak istimewa ini berada di tahap yang terbaik," katanya.
Beliau berkata pelantikan itu juga akan memberi peluang yang lebih besar kepadanya untuk memahami keperluan kanak-kanak berkeperluan khas terutama dalam pendidikan.
"Saya sendiri mempunyai anak autisme dan masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memahami dan menyokong dia termasuklah rakan-rakannya yang lain.
"Tentu sekali ia sesuatu yang sedikit sensitif buat diri saya kerana saya masih cuba untuk belajar memahaminya kerana dia berada di dalam dunia yang berbeza dengan kita dari segi pemikiran, kemahuan dan kehendak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Ras Adiba (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Duta Kehormat SEAMEO SEN daripada Erthel (kanan) pada Majlis Makan Malam Meraikan SEAMEO SEN di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Ras Adiba dilantik Duta Kehormat SEAMEO SEN
Ras Adiba berkata, pelantikan itu adalah satu penghormatan kepada beliau dan komuniti orang kurang upaya di negara ini.