awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki

Fareez Azman
Fareez Azman
30/09/2023
06:06 MYT
Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berucap pada Program Menembak SPRM bersama Media 2023 sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia Kajang hari ini. --fotoBERNAMA
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) sedang mengumpul beberapa bukti baharu berhubung siasatan rasuah ke atas projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.
"Kes ini masih lagi aktif disiasat dan berhubung pembabitan beliau, saya serahkan kepada pegawai penyiasat.
"Saya difahamkan ada banyak bukti-bukti baharu yang telah dikumpulkan. Jadi bagi masa kita sedikit," katanya.
Mengulas sama ada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin akan dipanggil untuk memberi keterangan, jelas Azam, perkara itu diserahkan kepada pegawai penyiasat.
"Itu saya tidak boleh nak pastikan, saya serahkan kepada pegawai penyiasat," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas ditemui media dalam Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Mohd Radzi dalam satu kenyataan menafikan beliau telah meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk pra-sekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Radzi Jidin
#percetakan buku J-Qaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan