awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Jawatankuasa integriti peringkat persatuan bola sepak ditubuhkan

Bernama
Bernama
18/12/2013
00:15 MYT
Rasuah: Jawatankuasa integriti peringkat persatuan bola sepak ditubuhkan
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Semua kelab dan persatuan bola sepak di negara ini telah diwajib menubuhkan jawatankuasa integriti membanteras rasuah bagi mengekang gejala itu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Katanya penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat membantu mengumpul maklumat mengenai rasuah termasuk yang didalangi oleh bookie.
"Ini satu bentuk penglibatan, pendidikan dan penguatkuasaan yang digariskan kementerian dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"FAM sendiri telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membanteras rasuah ini," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara, di sini pada Selasa.
Katanya penubuhan jawatankuasa itu juga diharap dapat membendung pemain daripada menjadi mangsa sindiket pertaruhan haram selain mewujudkan suasana sihat dalam industri bola sepak negara.
Sementara itu ketika menjawab celahan Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai usaha kerajaan menambah dana bantuan pembangunan bola sepak negara, Khairy berkata Tabung Pembangunan Bola Sepak dengan suntikan RM10 juta setahun telah ditubuhkan pada 2010.
Kewujudan tabung itu diharap mampu meningkatkan prestasi dan standard pemain bola sepak tempatan untuk bersaing dengan pemain luar dan disunting kelab-kelab besar luar negara, katanya.
Menurut Khairy pihaknya juga telah meminta pembabitan sektor swasta untuk membantu pelan pembangunan bola sepak negara menerusi tajaan yang tidak seharusnya untuk pasukan kebangsaan semata-mata, tetapi juga di peringkat akar umbi.
Persidangan bersambung hari ini.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dewan Negara
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan