awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: KSM pandang serius penahanan pegawai JKKP Johor

Bernama
Bernama
01/11/2017
23:56 MYT
Rasuah: KSM pandang serius penahanan pegawai JKKP Johor
Suspek disyaki meminta wang sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang didapati memasang Mesin Angkat tanpa mendapat kebenaran daripada pihak JKKP Johor. -Foto SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius terhadap penahanan pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) Negeri Johor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rasuah.
KSM dalam satu kenyataanberkata walaupun ia adalah satu kes terpencil namun pihak KSM akan memastikan setiap pegawai jabatan dan agensi di bawahnya mematuhi dan menjalankan penguatkuasaan dengan berintergriti.
SPRM pada Rabu mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah hotel di Johor pada 2.40 petang semalam kerana disyaki meminta dan menerima wang berjumlah RM30,000 daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.
Suspek disyaki meminta wang sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang didapati memasang Mesin Angkat tanpa mendapat kebenaran daripada pihak JKKP Johor.
KSM berkata ia telah mejalankan pelbagai program bagi meningkatkan integriti pegawai antaranya dengan mengadakan taklimat daripada SPRM, bekerjasama dengan SPRM untuk menjalankan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk pegawai di jabatan dan agensi di bawahnya.
Kementerian itu juga mengguna pakai konsep Pengurusan Risiko Rasuah ke dalam Prosedur Kerja Standard, aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan jabatan dan agensi, katanya.
"Pihak KSM juga komited dan akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat bagi menambah baik prosedur sedia ada dan juga demi menjaga integriti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#integriti
#Kementerian Sumber Manusia
#keselamatan
#Rasuah
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan