SHAH ALAM: Rasuah dalam kalangan penguat kuasa kini didakwa berada dalam keadaan yang begitu ‘tenat’ disebabkan menjaga kepentingan peribadi dan bukannya negara serta organisasi.
Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata, isu sogok sebenarnya bukan sahaja melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tetapi juga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.
“Secara peribadi saya berasakan bahawa rasuah melibatkan penguat kuasa kini semakin membimbangkan apabila media melaporkan ramai anggota ditahan angkara perbuatan tidak bermoral itu.
“Bukan itu sahaja, kalau kita lihat secara lebih menyeluruh, agensi agama juga ada terlibat rasuah kerana kini ia seolah-olah menjadi satu budaya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pegawai Maritim Malaysia mengaku bersalah atas lima pertuduhan menerima rasuah daripada pemilik bot di Mahkamah Sesyen Ipoh.
Tertuduh, Kamarulnizam Mohd Din, 49, didakwa menerima rasuah daripada pemilik-pemilik bot dan runner di sekitar negeri Kedah serta Perlis dengan nilai keseluruhan RM8,000 semasa bertugas sebagai pegawai maritim di Zon Maritim Kuala Perlis.
Osman berkata, maruah dan nama baik negara perlu menjadi keutamaan dalam mencegah rasuah.
“Kita perlu tegas dan berpegang kepada pendirian dalam melaksanakan operasi membanteras rasuah.
"Kita mesti adil dan saksama dalam membawa isu berkaitan rasuah ke mahkamah untuk perbicaraan tanpa memilih bulu serta kroni.
“Paling utama, permasalahan itu hendaklah dibanteras sehingga ke akar umbi tanpa mengira siapa pelakunya kerana hanya dengan itu rasuah boleh diatasi,” tegas beliau.
Pada masa sama, Osman berkata, setiap tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh mana-mana agensi kerajaan berkaitan perlu disokong.
Jelasnya, sekiranya rasuah tidak dibendung, ia akan menjadi parah sehingga boleh menggadaikan negara, bangsa dan agama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 21 2023
Rasuah dalam kalangan penguat kuasa kini didakwa berada dalam keadaan yang begitu tenat. Gambar kecil: Osman
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.