MALAYSIA
Rasuah perlombongan mineral: Dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.
Ringkasan AI
- Dua ADUN Sabah dan seorang individu lain dijangka didakwa di mahkamah hujung bulan ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral, selepas SPRM melengkapkan siasatan dan merakamkan percakapan mereka.
- Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan siasatan tidak hanya bergantung kepada video tular, sebaliknya turut mengambil kira pelbagai bentuk keterangan termasuk bukti audio visual dan kenyataan individu terlibat.
- SPRM akan menyerahkan semua bukti kepada pihak pendakwa raya untuk penilaian sebelum tindakan mahkamah diambil, dan enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan isu subjudis.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) anjuran Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.
Ditanya mengenai ketulenan video yang tular berkaitan skandal terbabit, Azam berkata siasatan SPRM tidak hanya bergantung kepada bukti video semata-mata.
"Perkara itu tidak boleh diulas lanjut kerana ia boleh menjadi subjudis. Bukti akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk penilaian dan dibawa ke mahkamah sekiranya perlu," katanya.
Beliau berkata siasatan suruhanjaya itu turut mengambil kira pelbagai bentuk keterangan termasuk daripada individu yang terlibat untuk mengesahkan ketulenan sebarang bukti audio visual.
Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami