awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Sembilan individu termasuk lima penjawat awam direman

Bernama
Bernama
17/07/2020
04:58 MYT
Rasuah: Sembilan individu termasuk lima penjawat awam direman
Sebahagian daripada individu yang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Foto: SPRM
Sembilan individu termasuk lima penjawat awam direman selama enam hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung pendaftaran akaun baharu e-perolehan melibatkan sebuah kementerian.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 22 Julai selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.
Terdahulu, kesemua suspek, merangkumi lima wanita dan empat lelaki, tiba di mahkamah pada kira-kira 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, kesemua sembilan individu terbabit ditahan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam operasi semalam.
Lima penjawat awam berkenaan, tiga daripadanya wanita, merupakan petugas di unit pendaftaran syarikat kementerian itu manakala yang lain adalah orang awam, katanya.
Sumber SPRM berkata selain permohonan akaun e-perolehan, individu berusia antara 30 hingga 47 tahun terbabit juga disyaki terlibat dalam urusan permohonan mendapatkan status bumiputera syarikat di sekitar Lembah Klang.
Sumber itu juga berkata risikan yang dijalankan selama enam bulan mendedahkan bahawa kegiatan sindiket tersebut bermula pada 2017 dan ratusan ribu ringgit wang rasuah dikutip sindiket daripada syarikat di sekitar Lembah Klang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-perolehan
#mahkamah
#penjawat awam
#Rasuah
#salah guna kuasa
#Shah Wira Abdul Halim
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan