awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Shamsul Iskandar, Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini

Bernama
Bernama
04/12/2025
00:15 MYT
Rasuah: Shamsul Iskandar, Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen  KL hari ini
Shamsul Iskandar (kiri) dan Tei direman enam hari bermula 29 Nov, selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk melengkapkan siasatan.
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini berhubung pertuduhan rasuah.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Shamsul Iskandar, 50, dan Tei, 37, akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada sidang media berkata kedua-dua individu itu bakal berdepan lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan satu lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.
Beliau berkata pertuduhan membabitkan Seksyen 17(a) Akta SPRM bagi kesalahan menerima suapan dan Seksyen 17(b) bagi kesalahan memberi suapan, manakala siasatan terhadap kedua-duanya dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Shamsul Iskandar dan Tei direman enam hari bermula 29 Nov, selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk melengkapkan siasatan.
Kes itu berkaitan dakwaan bahawa Tei memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula sejumlah dana yang dikatakan telah diagih kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#Albert Tei
#Setiausaha Politik Kanan
#mahkamah sesyen KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan