awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah untuk dapat projek: Penolong jurutera ditahan

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2022
12:54 MYT
Rasuah untuk dapat projek: Penolong jurutera ditahan
Lelaki berusia 35 tahun itu yang merupakan penolong jurutera di sebuah agensi kerajaan dipercayai pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek terbabit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam berhubung kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000 bagi membantu mendapatkan kerja pembaikan sebuah sekolah di Selangor.
Sumber berkata, lelaki berusia 35 tahun itu yang merupakan penolong jurutera di sebuah agensi kerajaan dipercayai pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek terbabit.
"Lelaki berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM Selangor setelah menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu lain di sebuah restoran di sekitar Bangi kira-kira jam 4 petang tadi, bagi membantu siasatan," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk direman.
Topic Berkaitan
#SPRM
#penolong jurutera
#Rasuah projek
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan