awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rata tanah jumpa tengkorak, tulang manusia

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2021
21:42 MYT
Rata tanah jumpa tengkorak, tulang manusia
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian rangka disyaki manusia ditemui. - Foto ihsan pembaca
KUALA KANGSAR: Satu tengkorak bersama beberapa cebisan tulang berselerak dipercayai manusia ditemui di sebuah kebun getah di kawasan Rimba Kuin, Kampung Talang Hulu di sini pada Khamis.
Rangka itu ditemui kira-kira jam 3 petang ketika seorang lelaki berusia 40 tahun menjalankan kerja-kerja meratakan tanah menggunakan jentolak.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan dijalankan sebaik pemandu jentolak terbabit membuat laporan selepas menemui dua tulang serta cebisan kain batik.
"Sepasukan polis bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Siasatan awal menemui tengkorak, rangka rahang gigi bawah, 28 cebisan tulang dan satu tulang pinggul serta lima potongan kain batik berdekatan," katanya di sini pada Jumaat, menurut laporan Sinar Harian.
Menurutnya, siasatan lanjut tidak menemui apa-apa barang kes yang boleh boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah.
"Kesemua sampel tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
"Perkembangan kes akan dimaklumkan selepas menerima laporan bedah siasat tersebut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#tulang
#tengkorak
#manua
#kebun getah
#Rimba Kuin
#Omar Bakhtiar Yaacob
#kain batik
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan