awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Naga tidak ditahan, hanya dipanggil beri keterangan - Azam Baki

Bernama
Bernama
16/02/2024
09:13 MYT
Ratu Naga tidak ditahan, hanya dipanggil beri keterangan - Azam Baki
Syarul Ema Rena Abu Samah (gambar), atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, tidak ditahan sebaliknya dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan wanita itu menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.
"Saya mengesahkan dia dipanggil untuk memberi keterangan dan kita turut membuat pemeriksaan di premisnya.
"Setakat ini, dia masih memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya dan belum ditahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beberapa media sebelum ini melaporkan peguam Ratu Naga mendakwa wanita itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan lima pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Klang Lama di sini pada kira-kira 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Naga
#Azam Baki
#diambil keterangan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan