KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali rakyat dengan hobi memasak, malah pelbagai video memperlihatkan aksi bersahaja Seri Paduka di dapur tular menerusi platform media sosial.
Namun, satu peristiwa yang tidak dipertontonkan kepada umum ialah kejadian malam sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2022 yang disifatkan 'mengejut' sehingga menyebabkan Tunku Azizah 'tidak senang duduk' kerana belum menyiapkan juadah untuk dihidangkan pada 1 Syawal yang jatuh pada 2 Mei.
Sebelum itu Aidilfitri diramalkan disambut pada 3 Mei 2022, namun pengumuman tarikh Aidilfitri pada malam 1 Mei 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menyebabkan suasana di dapur Istana Negara turut sama bertukar panik.
Peristiwa itu dikongsikan tukang masak Istana Negara Pazlina Saleh, 49, yang merupakan antara 10 tukang masak bersama-sama membantu Tunku Azizah bertungkus lumus di dapur bagi menyediakan juadah untuk sambutan Aidilfitri itu.
"Ada yang mendakwa kami bekerja di Istana Negara mungkin dapat tahu lebih awal tarikh hari raya, jadi mudah bahan nak disediakan. Itu tidak benar, sebaliknya kami semua menunggu pengumuman itu dan apabila diumumkan esok raya, semua cef kelam-kabut sebab bahan belum siap lagi.
"Mujur Tuanku (Tunku Azizah) sangat memahami dan tidak cerewet, jadi apa bahan yang ada kami sediakan untuk Tuanku masak. Malam itu Tuanku bersengkang mata hingga 4 pagi menyiapkan juadah Hari Raya kerana menunya banyak, jadi setiap seorang cef sediakan satu menu kerana Tuanku mahu menjamu kira-kira 300 tetamu kenamaan," katanya.
Tukang masak pastri Istana Negara, Shahril Hidayatullah Mat Nawi, 35, pula menyifatkan peristiwa malam raya itu sungguh meriah bagaikan sebuah keluarga yang sibuk menyiapkan juadah istimewa Aidilfitri.
Biarpun memegang gelaran Raja Permaisuri, Tunku Azizah sanggup 'menyingsing lengan' dan berhempas pulas turun naik di dapur peribadi baginda dan dapur Istana Negara, memasak sendiri juadah antaranya rendang ayam dan daging, dendeng daging, laksa Johor, harissa ayam, kuah kacang, soto ayam, ketupat palas dan pelbagai jenis kek.
Menurut Shahril Hidayatullah, Tunku Azizah sedikit pun tidak meluahkan rasa penat sedangkan keesokan pagi baginda perlu mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dijadual menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan seawal 8 pagi.
Malah pasangan diraja itu kemudian berkenan meraikan tetamu termasuk Jemaah Menteri serta perwakilan asing pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara yang buat pertama kali diadakan setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
"Kalau dihitung, Tuanku hanya sempat berehat selama dua jam sahaja sebelum bersiap pada subuh dan seterusnya ke Masjid Wilayah untuk solat sunat Aidilfitri, kemudian kembali ke Istana Negara untuk menjamu tetamu pula.
"Dengan jadual padat itu, sebenarnya Tuanku boleh sahaja mengarahkan kami, tetapi keperibadian Tuanku yang cintakan masakan melebihi segalanya kerana Tuanku mahu orang lain juga dapat merasai 'air tangan' yang disediakan dengan kasih sayang, lebih-lebih lagi selepas dua tahun sambutan Aidilfitri tidak diadakan di Istana Negara," katanya.
Tidak hanya di dapur, Tunku Azizah sebaliknya turut terlibat dalam memastikan dekorasi Istana Negara pada sambutan 1 Syawal itu dalam keadaan terbaik, termasuk gubahan bunga di anjung utama dan dewan santapan tersedia untuk meraikan kedatangan tetamu.
Ketua kundang Istana Negara, Saadiah Mohammad Mahardin, 57, berkata, empat kedai bunga terlibat dalam menyediakan bunga segar antaranya orkid, Ivy leaf dan baby breath yang menjadi kegemaran Tunku Azizah.
"Keadaan malam itu tidak tentu arah sebab masing-masing terkejut esok raya, tetapi Tuanku beri arahan sangat mudah dan jelas. Jadi saya bersama 20 kundang yang lain segera menyiapkan segala kelengkapan dekorasi bersama petugas dari empat kedai bunga berkenaan.
"Kami hias mengikut cita rasa Tuanku dan kebiasaannya gubahan bunga dan dekorasi lain lebih kepada warna putih dan pastel kerana putih merupakan warna kegemaran Tuanku dan bunga yang wajib ada ialah orkid yang sangat disukai Tuanku," katanya.
Saadiah yang telah berkhidmat selama 34 tahun berkata, selain perhiasan, Tunku Azizah juga menentukan sendiri kurniaan kepada tetamu dan akan 'turun padang' untuk memastikan persiapan majlis berjalan lancar.
"Kalau ada apa-apa majlis Tuanku pasti akan turun padang sekali memantau kerja kami dan diibaratkan seperti ibu yang sering memberi nasihat dan tunjuk ajar, jadi sebagai petugas kami malu sekiranya tidak boleh memberikan komitmen yang baik seperti Tuanku.
"Sebab itu kami semua sangat sedih kerana masa berlalu begitu pantas dan kami pasti merindui Tuanku yang akan berangkat pulang ke Pahang. Kami menjunjung kasih kepada Tuanku yang tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu dan pengajaran sepanjang lima tahun bersemayam di Istana Negara," katanya.
Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke Pahang mengiringi Al-Sultan Abdullah yang akan menamatkan pemerintahan berkuat kuasa 30 Jan ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Gambar fail menunjukkan Al-Sultan Abdullah (dua, kanan) dan Tunku Azizah (kanan) berkenan beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Raya Aidilfitri di Istana Negara. - Gambar Bernama
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Permaisuri berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.