awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak

Bernama
Bernama
08/05/2023
09:55 MYT
Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Chang berkata keputusan yang dibuat oleh menteri adalah muktamad berdasarkan Seksyen 32(5), Akta Perlesenan Tenaga Atom. - Gambar fail/Lynas Malaysia
PUTRAJAYA: Rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Chang dalam satu kenyataan hari ini berkata, selepas pertimbangan, beliau memutuskan untuk menolak rayuan Lynas itu selepas satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan AELB itu.
Namun, beliau bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi kilang 'cracking and leaching' (C&L) Lynas sehingga 31 Disember ini selepas mengambil kira kesan keputusan terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global.
"Jadi, berkuat kuasa 1 Januari 2024, Lynas perlu memastikan loji C&L di luar negara mula beroperasi dan Lynas tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi ke Malaysia," katanya.
Sebelum ini, AELB menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen berkaitan pengurusan sisa Water Leach Purification (WLP) selepas Julai 2023, aktiviti C&L di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.
Keputusan itu bermakna Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai 2023.
Chang berkata, keputusan yang dibuat oleh menteri adalah muktamad berdasarkan Seksyen 32(5), Akta Perlesenan Tenaga Atom.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia Madani memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri berkenaan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
"Justeru, keputusan ini diambil selepas penilaian yang teliti, berlandaskan prinsip kelestarian, pembangunan dan keselamatan," katanya.
Chang berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lynas
#rayuan
#syarat lesen
#AELB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan