awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah benar Peter Anthony gantung hukuman, sabitan dibatal

Bernama
Bernama
16/11/2022
05:59 MYT
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah benar Peter Anthony gantung hukuman, sabitan dibatal
Peter, 51, memfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis pemberhentian rayuan pada 28 Okt lepas.
"Oleh itu, rayuan (pendakwaan) dibatalkan," kata Mohamed Zaini semasa pengurusan kes hari ini yang turut dihadiri peguam S. Devanandan, mewakili Peter.
Pada 5 Ogos lepas, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang membenarkan permohonan Peter itu, selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.
Peter, 51, memfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Peter untuk bertanding di kerusi Parlimen Tenom dalam PRU15.
Penolakan pencalonan itu dilakukan SPR dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peter Anthony
#rayuan dibatal
#guna dokumen palsu
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan