Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa rakan perniagaan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin mengugut untuk membongkar penglibatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan perolehan projek solar hibrid di Sarawak kepada pembangkang sekiranya beliau tidak membantu lelaki itu.
Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata perkara tersebut dinyatakan Rayyan Radzwill Abdullah ketika lelaki itu meminta beliau membantunya untuk berjumpa dengan perdana menteri bagi tujuan merampas kontrak solar hibrid itu daripada Saidi.
Membacakan penyataan saksinya, Madinah berkata Rayyan telah menghantar mesej yang begitu banyak melalui aplikasi WhatsApp kepada beliau antara bulan Oktober atau November 2017 dan Mei 2018, yang menunjukkan lelaki itu berselisih faham dengan Saidi serta sedang berusaha untuk merampas kontrak tersebut.
“Rayyan juga telah mendakwa bahawa Saidi telah melakukan pelbagai kesalahan dalam projek solar hibrid seperti mengubah terma-terma kontrak asal untuk projek solar hibrid, membuat tuntutan palsu dan menipu wang beberapa pihak dengan menggunakan projek solar hibrid.
“Tujuan Rayyan memberitahu saya perkara-perkara tersebut adalah supaya saya akan membantu dia untuk berjumpa perdana menteri bagi tujuan merampas kontrak projek solar hibrid daripada Saidi dan Jepak. Rayyan juga memberitahu saya bahawa dia akan membongkarkan penglibatan ‘PM’ dan ‘Mem’ dalam urusan perolehan projek solar hibrid kepada pembangkang sekiranya saya tidak membantu beliau,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
BACA: Rosmah dibicara: Najib akur diarah keluar mahkamah
Sebelum ini, saksi kelima pendakwaan iaitu bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan mahkamah bahawa perkataan ‘Mem' merujuk kepada Rosmah.
Terdahulu, Madinah, saksi keenam pendakwaan berkata beliau berasa tidak puas hati kerana terpaksa melanjutkan memo bertarikh 16 Jun 2016 dengan memberi beberapa syor termasuk projek solar hibrid itu dilaksanakan melalui kaedah rundingan terus dengan Jepak Holdings, tanpa maklumat lengkap untuk pertimbangan Menteri Pendidikan.
“Dengan mengangkat memo sebegitu, saya juga rasa seperti menerima permintaan dan desakan Jepak Holdings, contohnya dalam permintaan menamatkan kontrak sedia ada dengan serta-merta.
“Akan tetapi saya terpaksa berbuat demikian kerana faktor-faktor kumulatif seperti tekanan yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui minit-minit beliau bertarikh 1 Dis 2015 dan 7 Jun 2016, tekanan lisan yang diterima oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid daripada Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan projek solar hibrid Jepak, dan sekiranya Kementerian Pendidikan meminta maklumat lengkap daripada Jepak atau cuba berunding dengan Jepak, ini akan melambatkan tindakan ke atas arahan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
BACA: Rosmah dibicara: Datin Seri 'beri mesej' kepada saya - Mahdzir
Madinah, 63, yang memegang jawatan KSU mulai 13 Jun 2013 sehingga bersara pada 2 Sept 2016, berkata antara 8 Jun 2016 dan 23 Jun 2016, Rayyan telah menggunakan nama perdana menteri untuk mendesak beliau segera mengangkat permohonan kelulusan rundingan terus kepada Kementerian Kewangan dengan mesej-mesej seperti “bos akan take it up from there” dan “bos tahulah apa nak buat,” begitu juga dengan bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang menggunakan ayat seperti “bos tahulah apa nak buat” apabila saksi itu menyuarakan masalah ketiadaan peruntukan kepadanya (Rizal).
Saksi itu berkata seingat beliau, Najib sendiri pernah bertanya kepadanya mengenai status pertimbangan projek solar hibrid dalam satu mesyuarat jawatankuasa perolehan di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen.
Madinah berkata beliau memberitahu Najib bahawa permohonan kelulusan rundingan terus telah pun dimajukan kepada Kementerian Kewangan, dan Kementerian Pendidikan berdepan kekangan peruntukan untuk melaksanakan projek itu.
“Pada 24 Ogos 2016, saya telah menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan berkenaan permohonan kelulusan rundingan terus untuk perolehan projek solar hibrid dan menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2016 itu, saya mendapati Jepak ditawarkan dengan semua kontrak penyelenggaraan genset diesel secara rundingan terus untuk tempoh tiga tahun bagi fasa berikutnya selepas kontrak semasa tamat.
“Daripada surat ini, saya juga dapati Kementerian Pendidikan melaksanakan projek solar hibrid secara berperingkat melalui rundingan terus dengan Jepak bagi fasa projek genset diesel yang berikutnya, dan Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan perkara-perkara tersebut dengan menggunakan peruntukan Belanja Mengurus yang telah diluluskan untuk projek genset diesel sahaja,” katanya.
Rentetan daripada surat Kementerian Kewangan bertarikh 22 Ogos 2016 itu, Madinah berkata pihaknya telah menghantar surat kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk memohon peruntukan tambahan sebanyak RM461.7 juta bagi melaksanakan projek solar hibrid.
Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 Sept, 2017.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020
Madinah hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, 17 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Pecutan saat akhir, penentu kemenangan
Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung Sabtu ini susulan kematian bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) mungkin berbeza dengan PRK sebelum ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
Kita terus kepada wartawan Astro AWANI Umavathi yang berada di Kuala Kubu Baharu pada jam ini.
[TERKINI] 10 pekerja maut, letupan kilang
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu
Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, pertingkat penjagaan gusi
Systema pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan pelancaran inovasi terbaharu berus gigi.
Denda dan usir jika tiada permit
Lupakan niat mahu mengerjakan haji jika tidak ikut saluran betul atau tiada permit kerana kata dua oleh pihak berkuasa Arab Saudi kepada kumpulan ini ialah dikenakan penalti 10,000 Riyal dan diusir apabila tidak patuh dengan peraturan terbaharu mereka.
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
AWANI Borneo [10/05/2024] – Takziah | Fokus tugas menteri | Waspada!
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Enam pegawai kanan dan anggota polis yang sebelum ini ditahan berhubung kes pemerasan RM1.25 juta, direman semula selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), bermula semalam.
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Terengganu, Kelantan terima wang ihsan lebih RM230 juta minggu lalu
Kerajaan Persekutuan menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lalu bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi ditangguh, MOF belum bentang RUU
HVGT pertama kali diumumkan dalam Bajet 2023 yang disemak semula yang dibentangkan pada Februari tahun lepas.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
MOF: Pengecualian CGT ke atas unit amanah kurangkan unjuran hasil pendapatan negara
Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.