Pihak pendakwaan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd mendakwa reaksi terkejut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mengetahui RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didakwa hanya satu drama.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dalam hujahnya menegaskan Najib tidak pernah membuat laporan polis atau menyaman pihak bank berkaitan transaksi diragui.
Dalam hujahnya juga, Sithambaram menjelaskan Najib selaku perdana menteri ketika itu, sebaliknya sekadar mempertahankan diri tanpa menunjukkan rasa bersalah terhadap jumlah yang diterima ke dalam akaunnya.
“Sekiranya kamu perdana menteri sebuah negara dan sekiranya ada seseorang memasukkan RM42 juta dalam akaun bank kamu, saya rasa mana-mana orang yang normal akan buat laporan polis dan mahu perkara itu disiasat. Namun perkara itu tidak berlaku,” katanya ketika penghujahan balas pihak pendakwaan pada Selasa.
Sithambaram berkata demikian pada prosiding hujahan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi hari ini.
Sithambaram berhujah, tindakan Najib yang tidak membuat apa-apa dan membiarkan akaunnya digunakan, adalah seperti membiarkan jenayah berlaku.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, pihak pembelaan memulakan hujah dengan peguam Farhan Read menyentuh salah satu pertuduhan terhadap Najib, di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tegas beliau, di bawah pertuduhan ini, ia perlu dibuktikan Najib adalah penjawat awam; telah menggunakan kedudukannya dengan mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam mesyuarat Kabinet pada 17 Ogos, 2011 dan 8 Februari, 2012, yang mana mana kabinet memutuskan untuk memberi jaminan kerajaan berkenaan dengan pinjaman SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP); dan, secara rasuah berhasrat memperolehi RM42 juta untuk dirinya sendiri.
Farhan memberitahu mahkamah, Najib tidak berniat untuk hadir ke mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan RM42 juta, dan menyatakan Najib menerima wang berkenaan hanya selepas dua atau tiga tahun kemudian.
Beliau berkata, perbualan antara ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga menunjukkan Najib tidak mengetahui mengenai perkara itu.
Selepas Farhan mengemukakan hujahnya, seorang lagi peguambela Harvinderjit Singh menyifatkan hujah pendakwaan sebagai lemah.
Menurut Harvinderjit, Najib bertindak untuk kepentingan negara dengan niat dengan niat yang baik menerusi kelulusan pinjaman KWAP, serta dalam mesyuarat kabinet.
Dalam hujahnya juga Harvinderjit menegaskan hujah pendakwaan bahawa Najib merancang untuk mencuri RM42 juta tidak masuk akal kerana SRC International mempunyai ahli lembaga pengarah dan telah melalui proses yang betul.
Pihak pendakwa telah menutup kesnya pada 27 Ogos lalu selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermula 3 April lepas di Mahkamah Tinggi di sini.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank milik Najib, dokumen pemindahan wang, minit mesyuarat dan Blackberry Messanger berhubung transaksi wang Najib.
Ahli Parlimen Pekan itu pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 untuk berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana yang sama dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib, 66, merupakan perdana menteri pertama negara yang dihadapkan ke mahkamah. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.
Astro Awani
Tue Oct 22 2019
Sithambaram menjelaskan Najib selaku perdana menteri ketika itu, sebaliknya sekadar mempertahankan diri tanpa menunjukkan rasa bersalah terhadap jumlah yang diterima ke dalam akaunnya. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Perbicaraan ditangguh kerana saksi belum dapat disediakan, Najib perlu hadiri mesyuarat
Bekas perdana menteri itu terpaksa menghadiri mesyuarat politik di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 10.30 pagi ini.
Reaksi terkejut Najib RM42 juta masuk akaun hanya drama - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dalam hujahnya menegaskan Najib tidak pernah membuat laporan polis atau menyaman pihak bank berkaitan transaksi diragui.
Kes SRC: Peguambela beri hujah Najib bertindak demi kepentingan negara
Farhan memberitahu mahkamah, Najib tidak berniat untuk hadir ke mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan RM42 juta