(Nota: Visual turut menunjukkan pusat FiVE di Michigan, AS, di samping di Melbourne, Australia)
Proses pembuatan kenderaan sudah jauh berbeza dengan apa yang dipraktikkan hanya sepuluh tahun dahulu. Contoh yang mudah untuk dibayangkan adalah sebuah studio rekaan – jika dahulu ia sebuah bilik yang semak dengan meja-meja besar, pen pelbagai warna dan jenis yang berselerak serta kertas-kertas yang bertaburan, ia sekarang didominasi oleh skrin komputer yang tipis.
Penggunaan teknologi realiti maya atau Virtual Reality (VR) bukanlah perkara baru, tetapi ia sekarang sudah mencapai satu tahap yang lebih tinggi serta memudahkan kerja dalam cara-cara berbeza.
Ramai yang tidak tahu bahawa Ford mempunyai sebuah pusat penyelidikan yang maju di Melbourne, Australia. Ia dinamakan Ford immersive Virtual Environment (FiVE), dan sangat membantu di dalam menghasilkan produk yang lebih baik untuk pembeli.
Manfaat pertama yang jelas didapati daripada penggunaan realiti maya ialah pihak yang terlibat dapat ‘melihat’ produk itu di dalam saiz penuh dari awal lagi.
“Ford ialah antara syarikat terawal yang mengadaptasi teknologi realiti maya seperti ini dalam proses pembangunan kenderaan. Kualiti makmal FiVE baharu kami membuktikan kesungguhan Ford dalam aspek pertukangan dan perincian apabila merekabentuk kenderaannya,” kata pengurus inovasi digital AP, Peter Bunting.
“Teknologi ini merupakan satu elemen penting dalam usaha menawarkan kenderaan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia.Awal tahun ini, Ford Australia melaksanakan pelaburan pusingan kedua ke atas Pusat Realiti Maya yang telah dilancarkan pada tahun 2012.
Proses menaik taraf perkakasan dan perisian makmal secara komprehensif ini turut melibatkan peralihan kepada penggunaan perisian realiti maya foto-realistik (VRED). Di samping mengembangkan peralatan mengesan pergerakan yang sama digunakan dalam industri animasi dan permainan video. Teknologi VRED ini menghasilkan imej yang mempunyai resolusi 4 kali lebih tinggi daripada HD.
Selain daripada itu, saiz ruang turut dibesarkan, cukup untuk menempatkan sebuah kereta maya. Kesannya di sini untuk membolehkan pihak pereka untuk berjalan di sekeliling model maya itu sebagaimana seorang pelanggan akan buat di dalam bilik pameran.
Makmal FiVE memberi peluang kepada para pereka untuk melihat ke setiap ceruk struktur yang diusahakan tanpa perlu menunggu untuk sebuah model fizikal dihasilkan. Jika terdapat elemen rekaan yang perlu diperbetulkan, ia boleh dilakukan terus dan melihat hasilnya dalam masa jauh lebih singkat.
Di samping itu, penggunaan teknologi ini dapat menghasilkan reka letak terbaik yang dapat memperbaiki nilai ergonomik produk yang diusahakan.
Untuk Ford, model Mustang terbaharu mereka jelas menunjukkan kesan penggunaan teknologi realiti maya menerusi FiVE. Papan kemuka kereta tersebut telah diubah suai untuk mendapat ergonomik terbaik bagi pemanduan belah kiri atau kanan.
Untuk apa?
Penulis sendiri pernah melihat sendiri bagaimana teknologi ini dapat membantu dalam bukan sahaja menghasilkan produk yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat, tetapi juga dapat mengurangkan kos pembuatan. Sewaktu lawatan ke salah satu pusat R&D milik syarikat kereta ini (bukan Ford), saya diberitahu bahawa banyak perkara berkaitan penghasilan kereta dapat diketahui sebelum kilang mula untuk memasangnya.
Contoh yang diberikan adalah jumlah ‘sealant’ yang digunakan. Dengan program yang berkaitan, para jurutera dapat mengetahui jumlah tepat ‘sealant’ yang diperlukan untuk sesuatu kereta. Daripada maklumat itu, kos untuk elemen itu sudah diketahui untuk sebuah kereta, jadi jadual tempahan barangan itu juga dapat difikirkan, tanpa unsur-unsur pembaziran ataupun ‘trial and error’.
Hub serantau One Ford
Rangkaian pusat realiti maya global Ford terdiri daripada dua makmal FiVE yang utama – kemudahan di Australia dan Amerika Syarikat – serta kolaborasi pusat sepertinya di Jerman, China, India, Brazil dan Mexico. Untuk 2014 sahaja, teknologi tersebut telah digunakan untuk mengesahkan lebih daripada 150,000 perincian pada lebih 200 prototaip kenderaan maya yang dibina di makmal-makmal FiVE global.
Menariknya, sistem ini membolehkan para pekerja untuk berkolaborasi sesama mereka serentak, tidak kira di mana mereka berada. Dengan itu, produk-produk Ford baharu benar-benar boleh dikatakan sebagai produk global. Proses ini memastikan semua kenderaan telah dinilai secara terperinci dari segi kegunaan, konsistensi dan kesan reka bentuk yang kini dapat dilihat dalam bentuk bayangan yang sofistikated dan pencahayaan yang diperlukan.
Sekarang, pasukan-pasukan pereka dan jurutera ini sedang membangunkan Ford Everest (gambar di atas) generasi terbaru, dan teknologi FiVE sudah menjadi perkakasan yang sangat penting.
“Kami mampu bekerja secara maya ke atas produk yang sama, secara bergandingan dengan kakitangan di seluruh dunia,” kata pengarah reka bentuk, Ford Asia Pasifik, Todd Willing. “Dengan menggunakan paparan resolusi 4K di dalam makmal FiVE dan studio reka bentuk, pasukan jurutera dan pereka bentuk bekerjasama di Melbourne serta rakan sejawatan mereka di seluruh dunia demi menambah baik setiap aspek kenderaan Ford.”
(Video di bawah adalah untuk menerangkan secara visual mengenai teknologi FiVE, dan dirakamkan di Michigan, bukannya Melbourne, Australia)
Astro Publication
Thu Sep 18 2014
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Realiti Maya dengan Ford
Kemudahan FiVE adalah senjata Ford untuk rekaan terbaik. Membolehkan pereka Ford seluruh dunia bekerjasama pada waktu sama