KUALA LUMPUR: Peneraju industri acara, webinar dan persidangan, LINC@AWANI terus komited membantu lebih ramai usahawan dengan menganjurkan persidangan secara dalam talian, Reboot Now bermula 13 hingga 15 Januari ini.

Persidangan tersebut akan memberikan perkongsian secara komprehensif meliputi kemahiran, ilmu dan trend bisnes terkini kepada orang ramai terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar mempertingkatkan daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi digital melalui strategi, operasi dan pemasaran.

Selain itu, ia turut menjemput panel jemputan yang terdiri daripada pakar-pakar pemikir strategik dan ahli perniagaan yang berjaya dalam pelbagai jenis industri perniagaan, dan berkongsi peranan yang dimainkan oleh evolusi pendigitalan dalam perniagaan sekali gus peluang untuk anda "level up" perniagaan.



Pada hari pertama, Reboot Now dimulakan dengan majlis pembukaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memberikan penekanan terhadap kepentingan pendigitalan perniagaan pada masa ini.

Seterusnya, persidangan diteruskan dengan perkongsian pertama yang bertajuk “Adakah Agensi Media Satu Keperluan Bagi PKS?” oleh Pengarah Urusan People Brand Agency, Sam Bahren Ali dan pembentangan pertama, iaitu “Membina Ketahanan Perniagaan Melalui Pendigitalan” oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan SME Corp, Aminuddin Mohamed.

Dalam pada itu, ia terus dirancakkan dengan diskusi “Durian Runtuh di Selangor – Bagaimana SIDEC Membantu PKS Teroka Potensi Digital” oleh SIDEC, Wavpay Systems Sdn Bhd dan pengusaha PKS, termasuk Workshop Reboot Now oleh Sunway University Business School: “21st Century Branding and New Consumer Paradigms” dan “Protecting IP rights for SMES”.

Antara kelainan yang ditonjolkan pada persidangan kali ini adalah dengan memberi pendedahan akan penggunaan tengkorak cetakan 3D dalam kehidupan yang dilihat mampu menyelamatkan nyawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif 3D Gens Sdn Bhd, Dr Izhar Aziz.

Pada sebelah petang pula, Reboot Now membawakan seorang ahli perniagaan yang tidak asing dalam negara, iaitu Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal dalam usahanya memperkasakan usahawan kecil di Malaysia.

Akhir sekali, satu perbualan santai turut diadakan pada sebelah malam apabila menjemput Pengasas dan Pengasas Bersama Ahyanan Bika Sdn Bhd (Markaz Tijaari), Haris Ismail (PU Riz) dan Neelofa dalam segmen “Harta yang Berkat. Bagaimana?”.

Sementara itu, orang ramai  masih berpeluang untuk mengikuti persidangan Reboot Now dengan mendaftar di https://www.linc.astroawani.com/rebootnow2022.

Pada hari kedua dan ketiga, pelbagai perkongsian menarik akan disampaikan, antaranya daripada Penolong Naib Presiden Kandungan Berjenama Astro AWANI, Cherish Leow; Ketua Pegawai Komersil TNG Digital Sdn Bhd, Danny Chua dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.





Tunggu apa lagi? Jom daftar dan rancakkan bisnes anda sekarang!