KOTA MARUDU: Petugas Pejabat Kesihatan Kota Marudu sanggup meredah jalan tanah merah kira-kira 70 kilometer dari pekan daerah ini, dengan keadaan bentuk muka bumi berbukit bukau semata-mata ingin melaksanakan program vaksinasi buat penduduk di pedalaman Sonsogon, di sini.
Perjalanan mengambil masa kira-kira tiga jam dengan menaiki pacuan empat roda itu tidak menghalang semangat petugas kesihatan terdiri daripada doktor dan jururawat serta beberapa wakil badan bukan kerajaan bagi memperluaskan manfaat program itu kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Program berlangsung tiga hari bermula semalam itu bertujuan memastikan tiada seorang pun rakyat termasuk penduduk di lima mukim dalam kawasan Sonsogon tercicir daripada menerima suntikan vaksin COVID-19 disediakan kerajaan. Mukim Kampung Sungai Magandai menjadi lokasi pertama mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili ketika berucap melancarkan program itu berkata seramai 300 orang di sekitar kawasan itu dikenal pasti sebagai penerima vaksin bagi fasa pertama Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi COVID-19 Kota Marudu.
"Terdapat lebih 700 penduduk dari lapan kampung di kawasan perbukitan ini...daripada jumlah itu, sekitar 300 orang disasarkan untuk menerima vaksin di mukim ini," katanya.
Setakat ini, seramai 15,265 orang telah mendaftar untuk program vaksinasi melalui MySejahtera di Kota Marudu, dan 6,018 daripadanya telah menerima sekurang-kurangnya suntikan vaksin dos pertama, manakala 1,949 individu telah melengkapkan kedua-dua dos.
Ongkili yang memuji pelaksanaan Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi COVID-19 itu berkata ia memberi peluang kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan suntikan vaksin terutama bagi penduduk yang berdepan kesukaran untuk bergerak keluar dari kawasan mereka.
"Kami berharap agar lebih ramai penduduk hadir untuk mendaftar dan menerima vaksin sepanjang program ini diadakan di sini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.
Beliau berkata walaupun vaksin COVID-19 bukanlah penawar, ia sekurang-kurangnya dapat membina antibodi bagi melawan virus sekali gus mencegah penularan wabak berkenaan.
"Kita perlu melindungi diri kita terlebih dahulu untuk melindungi orang lain. Oleh itu, jangan sesekali takut untuk menerima vaksin. Ia dapat menyelamatkan nyawa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Ongkili (Kiri) ketika menyertai program outreach vaksinasi anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Kota Marudu di Kampung Sungai Magandai. - Facebook Maximus Johnity Ongkili
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.