KUANTAN: Berhadapan dengan banjir bukan perkara baharu buat Suriani Zakaria, namun situasi pada malam 19 Dis lepas sedikit berbeza apabila beliau terpaksa meredah hujan lebat bersama bayi lelakinya berusia tiga bulan dengan bot apabila air sudah melebihi paras lutut.
Lebih membimbangkan ibu kepada tiga anak berusia 33 tahun itu apabila ular sudah mula membuat 'kunjungan' menerusi bahagian belakang rumah mereka di Kampung Surau Putih, Bukit Setongkol, di sini, membuatkan beliau sekeluarga nekad meninggalkan kediaman itu.
Beliau yang berpengalaman berhadapan dengan banjir sebanyak tiga kali pada tahun ini berkata, sejurus dapat mengesan paras air naik secara luar biasa, mereka sekeluarga telah membuat persiapan untuk berpindah dengan meminjam bot daripada abang iparnya.
"Ketika ular masuk saya dan anak-anak berada di ruang tamu, dan tengah kalut masa itu sebelum suami dan kawannya nampak binatang berbisa itu di bahagian dapur dan mereka sempat membunuh dengan mengetuk ular itu dengan pelbagai objek.
"Insiden ular masuk ketika banjir ini bukan pertama kali, sekitar lima tahun sudah pernah jadi apabila ular sawa kelihatan 'bertenggek' di tangga rumah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bercerita lanjut, anak jati Pahang itu berkata sejurus mengambil barangan penting beliau bersama suami, bayi dan dua anak perempuan mereka bergegas menaiki bot ke kawasan selamat yang terletak lebih 100 meter dari rumah sebelum dibawa dengan kereta ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol.
"Semasa kejadian sekitar 10 malam memang hujan lebat dan gelap, tapi kami tidak ada pilihan selain keluar rumah untuk selamatkan diri bimbang paras air naik lebih tinggi dan membahayakan nyawa terutamanya anak-anak yang masih kecil.
"Setiap tahun memang kami berdepan dengan banjir tetapi tahun ini sahaja tiga kali iaitu pada Januari, Mac dan yang terbaharu minggu lepas...hampir kesemua perabot memang tidak boleh digunakan lagi," katanya.
Sementara itu, jiran Suriani, Anita Mansor, 49, berkata keselamatan anaknya Mohd Khairuddin Zolkifle, 29, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) diutamakan ketika kejadian banjir mula melanda Pahang pada minggu lepas.
Beliau yang bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berkata anaknya yang mempunyai masalah untuk berjalan selepas sembuh daripada lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada 2012 telah dipindahkan ke rumah kenalannya di Setali, di sini, sejurus beberapa kawasan di bandar ini telah dinaiki air.
"Setiap kali banjir memang dia keutamaan, bila dia dah ada tempat selamat baru saya fikir bagaimana nak selamatkan barang-barang lain...kali ini saya sempat pulang semula ke rumah untuk ambil pakaian sahaja barang lain memang rosak ditenggelami air apabila air hampir cecah paras bumbung," kata ibu kepada empat anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Sejurus dapat mengesan paras air naik secara luar biasa, mereka sekeluarga telah membuat persiapan untuk berpindah dengan meminjam bot daripada abang iparnya.- Gambar hiasan/BERNAMA

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas
Kerajaan Selangor merekodkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lepas.

Cadangan gaji minimum RM 1,500: Berbaloi namun majikan perlu ada perikemanusiaan
Cadangan Kerajaan untuk melaksana gaji minimum RM1,500 sebulan sebelum hujung tahun ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengusaha perniagaan di Selangor.

Projek Tebatan Sungai Golok penyelesaian jangka panjang banjir - MB
Datuk Ahmad Yakob berkata projek itu penting kerana terletak di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif diterima secara dalam talian
Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara.

Banjir: 119,626 ketua isi rumah layak terima BWI - Nadma
Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.