GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memainkan peranan aktif sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) kerajaan negeri Pulau Pinang.
Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, katanya, beliau akan memainkan peranan beackbenchers tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sekarang negeri ini memerlukan backbencher yang kuat dan saya akan memainkan peranan itu dalam DUN," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas pembentukan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang, hari ini.
Reezal Merican, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, mengalu-alukan pembentukan barisan exco komposisi campuran muka lama dan baharu yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.
Ditanya mengenai desas-desus pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang tular di media sosial semalam, Reezal Merican menyifatkan ia sebagai spekulasi.
Katanya, beliau sentiasa akur dan setuju dengan keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi kerana kesetiaannya kepada parti.
"Saya anggap spekulasi ini adalah angan-angan oleh netizen kerana saya adalah bekas menteri tapi kita kena faham gelanggang di peringkat negeri ini berbeza dan saya dianggap sama sahaja seperti yang lain.
"Saya tidak mengambil serius spekulasi itu," katanya.
Reezal Merican menegaskan bahawa keutamaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah untuk menebus kekalahannya di Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada PRN Pulau Pinang, Sabtu lalu, Reezal Merican menewaskan penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq calon dari Perikatan Nasional (PN) di DUN Bertam dengan majoriti 2,321 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
REEZAL: "Sekarang negeri ini memerlukan backbencher yang kuat dan saya akan memainkan peranan itu dalam DUN." - Gambar fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.
MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.
Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.