awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi digital KKM: 156 klinik kesihatan dilengkapi CCMS - Dzulkefly

Bernama
Bernama
16/07/2025
20:15 MYT
Reformasi digital KKM: 156 klinik kesihatan dilengkapi CCMS - Dzulkefly
Dzulkefly berkata MySejahtera kini pula berkembang menjadi gerbang kesihatan pencegahan dan gerbang digital nasional. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 156 Klinik Kesihatan dilengkapi dengan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS), dengan 70 peratus pesakit dilayan dalam tempoh kurang 30 minit.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di Facebook pada Rabu berkata pencapaian itu adalah sebahagian daripada reformasi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang sedang rancak dilaksanakan kementerian berkenaan.
Beliau berkata di bawah reformasi berkenaan juga, fasa 1 sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) telah disiapkan melibatkan lima juta preskripsi, 20 juta rekod vaksinasi dan satu juta rekod pergigian.
Dzulkefly berkata MySejahtera kini pula berkembang menjadi gerbang kesihatan pencegahan dan gerbang digital nasional.
"Kami juga amat berbesar hati untuk mengumumkan Kementerian Kesihatan dan Google kini sedang meneroka kerjasama strategik untuk menggunakan AI bagi menangani cabaran kesihatan utama negara.
"Ia adalah langkah besar ke arah menjadikan Malaysia peneraju kesihatan digital berasaskan AI di rantau ini," katanya.
Beliau berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk memacu kerjasama serantau dalam tadbir urus data kesihatan, penggunaan AI yang beretika dan pembinaan kapasiti digital rentas sempadan.
Dzulkefly hari ini merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Jitu Asia 2025 yang menghimpunkan lebih 500 delegasi dari seluruh rantau, lapan pempamer teknologi dan pemimpin-pemimpin kesihatan serantau yang berkongsi aspirasi membina sistem kesihatan berasaskan data, bersifat peribadi dan berpusatkan rakyat.
"Kesihatan Awam Jitu bukan lagi konsep masa depan. Ia sedang kita laksanakan di Malaysia dan ia akan menjadi tonggak kepada sistem kesihatan yang lebih mampan, saksama dan berdaya saing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#reformasi digital
#KKM
#Dzulkefly Ahmad
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan