awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi Parlimen: Anwar bakal galas tanggungjawab berat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/10/2018
13:24 MYT
Reformasi Parlimen: Anwar bakal galas tanggungjawab berat
Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan perlunya reformasi dan pembaharuan di Parlimen. - Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Umum yang juga bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggalas cabaran besar pada sidang Parlimen yang bakal bermula pada Isnin ini.
Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Anwar dijangka mengetuai ahli-ahli Parlimen dalam pelan reformasi institusi penggubal undang-undang itu.
"Apa yang kita maklumkan, akan ada satu perbincangan bagaimana Anwar - seorang yang cukup berpengalaman dan kita dengar beliau akan bantu membuat reformasi Parlimen sesingkat enam bulan.
"Jadi kami sebagai ahli Parlimen amat mengalu-alukan kedatangan beliau (ke dalam Parlimen)," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
BACA: Anwar menang besar di Port Dickson
BACA: Tun Mahathir jaga negara, Anwar jaga Parlimen
Ujarnya, sebelum ini, perancangan awal menerusi pelan reformasi Parlimen dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh dua hingga lima tahun atau sepenggal.
Tambah beliau, menerusi kepimpinan yang bakal dipacu Anwar, beliau pasti reformasi Parlimen akan lebih pantas dan baik demi pentadbiran negara.
Sebelum ini, Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan perlunya reformasi dan pembaharuan di Parlimen.
Anwar turut menegaskan Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif yang turut mendapat respon baik dari Perdana Menteri.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Mohd Rashid berkenaan reformasi Parlimen yang akan bersiaran di Saluran 501 dan astroawani.com
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#reformasi Parlimen
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan