awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram perluas kawalan algoritma Reels kepada pengguna global berbahasa Inggeris
Puteri UMNO tegas 'survival' parti perlu evolusi
Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi pendidikan menyeluruh diperlukan tangani krisis salah laku pelajar - Anuar Ahmad

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
15/10/2025
05:20 MYT
Reformasi pendidikan menyeluruh diperlukan tangani krisis salah laku pelajar - Anuar Ahmad
Anuar berkata, situasi ini menunjukkan masalah disiplin di sekolah telah melangkaui isu biasa dan menuntut tindakan segera daripada kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara kini dikatakan berada dalam keadaan tenat dan memerlukan reformasi menyeluruh susulan peningkatan kes salah laku murid yang membimbangkan termasuk kejadian buli, rogol dan bunuh.

Ringkasan AI
  • Sistem pendidikan negara dikatakan tenat susulan peningkatan kes jenayah berat melibatkan murid seperti buli, rogol dan bunuh, yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta ketakutan dalam kalangan pelajar.
  • Minda-UKM mencadangkan pelan tindakan segera seperti pemasangan CCTV, audit keselamatan dan kaunseling khas, serta pelan jangka panjang melibatkan pendidikan sahsiah awal, penglibatan ibu bapa dan penempatan kaunselor bertauliah dengan nisbah 1:250 murid.
  • Tindakan tegas disarankan terhadap pentadbir pendidikan yang menyembunyikan kes salah laku, dengan penegasan bahawa penyelesaian luar biasa diperlukan bagi menangani jenayah berat dalam sekolah.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM), Anuar Ahmad, situasi ini menunjukkan masalah disiplin di sekolah telah melangkaui isu biasa dan menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
“Ini bukan lagi salah laku kecil seperti murid bising atau tidak siapkan kerja rumah. Ini sudah jenayah berat dalam kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ramai ibu bapa kini semakin bimbang akan keselamatan anak-anak di sekolah, manakala sebahagian murid pula hidup dalam ketakutan untuk hadir ke kelas.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu membina semula kepercayaan rakyat terhadap sistem pendidikan dengan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang jelas.
Antara langkah segera yang disarankan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah, pelaksanaan audit keselamatan menyeluruh, serta sesi kaunseling khas untuk murid dan ibu bapa berisiko salah laku bersama kaunselor bertauliah.
Bagi jangka panjang pula, beliau mencadangkan supaya penglibatan ibu bapa diperkasakan, pendidikan keselamatan dan sahsiah dimulakan sejak sekolah rendah, serta penempatan kaunselor bertauliah di semua sekolah dengan nisbah 1:250 murid.
Anuar turut menegaskan agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pentadbir pendidikan yang didapati menyembunyikan kes salah laku murid atau guru.
“Bila salah laku sudah luar biasa, penyelesaiannya juga mesti luar biasa,” tegasnya.
Kejadian jenayah melibatkan pelajar sekolah dikatakan semakin membimbangkan dengan insiden buli, rogol dan bunuh dilaporkan berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.
Kes terbaharu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam berulang kali oleh pelajar lelaki 14 tahun di tandas sekolah di Bandar Utama, semalam.
Sebelum itu, negara digemparkan dengan kes rogol bergilir-gilir terhadap pelajar tingkatan tiga oleh empat pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka, yang turut merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#pelajar maut ditikam
#pelajar ditikam
#Fadhlina Sidek
#Anuar Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan