Skip to main content

Malaysia

Tempoh had PM: Semua MP DAP sokong pindaan RUU, wajar kecam pembangkang - Loke

TB_DewanRakyat_AnthonyLoke_Jabatan Penerangan Malaysia
Anthony Loke menzahirkan rasa amat dukacita susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menzahirkan rasa amat dukacita susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Tegas Loke, pindaan tersebut memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen yang hadir secara fizikal bagi mendapat kelulusan.

Advertisement

"Keputusan yang menyokong ialah 146 iaitu kurang 2 undi untuk mencapai dua pertiga.

"Saya ingin menegaskan, kesemua 40 Ahli Parlimen DAP hadir untuk menyokong pindaan tersebut.  

"DAP telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi ini," ujar Loke menerusi satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.

Tambah Setiausaha Agung DAP itu, masyarakat sivil dan pengundi perlu mengecam serta mempersoalkan ketidakhadiran ahli Parlimen termasuk blok pembangkang di Dewan Rakyat ketika pindaan itu dibahaskan.

"Masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mengecam ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan ini termasuk blok pembangkang," luah Loke.

Pada Isnin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya sejumlah 146 ahli Parlimen menyokong, 44 ahli Parlimen tidak mengundi manakala 32 selebihnya berkecuali.

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found