awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/11/2021
21:19 MYT
Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan
Pandemik COVID-19 sepatutnya menjadi pengajaran paling jelas untuk orang awam untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Insurans kesihatan di negara ini perlu dikawal dengan lebih baik, dengan penambahbaikan serta reformasi pada aspek pembiayaan penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan.
Ketua pegawai eksekutif TMC Life Sciences Nadiah Wan berkata, hal ini perlu memandangkan kos insurans kesihatan semakin meningkat setiap tahun.
"Penyelia kewangan hanya melihat sama ada syarikat [insurans kesihatan] mampu membiayai liabiliti mereka, yang sebenarnya bukan isu penjagaan kesihatan.
“Jika kita mereformasikan pembiayaan penjagaan kesihatan, bagaimana insurans kesihatan syarikat akan dikawal berbanding syarikat insurans am?
"Ini adalah soalan yang sangat penting untuk pembuat polisi, kerana insurans kesihatan syarikat tidak sama seperti syarikat insurans am lain," katanya dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diadakan secara maya pada Selasa.
“Kita banyak bercakap tentang ketidaksamaan dan ekuiti. Dan realitinya ialah sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta yang selari di Malaysia mungkin tidak mampan dalam jangka masa panjang.
"Sama ada anda disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan atau anda disubsidi sepenuhnya sendiri. Tidak ada jalan tengah," tambahnya.
Jelas Nadiah, pandemik COVID-19 juga sepatutnya menjadi pengajaran paling jelas untuk orang awam untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri.
“Dalam pembaharuan pembiayaan penjagaan kesihatan, sudah tentu pesakit perlu mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesihatan mereka sendiri. Perkara itu jarang diperkatakan, tetapi semasa pandemik COVID-19, ia menjadi jelas.
“Sebagai contoh, apabila pesakit dalam kategori satu dan dua dikuarantin di rumah. Kita perlu mendidik mereka bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri, bahawa mereka perlu memantau kesihatan mereka sendiri.
"Dan mereka juga perlu dapatkan rawatan awal untuk mengelakkan kesihatan mereka merosot ke kategori tiga, empat dan lima," katanya lagi.
ISWC berlangsung selama dua hari secara maya, dengan objektif mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.
Topic Berkaitan
#insurans
#KWSP
#COVID-19
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan