awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 15 tahun ditahan kerana rogol gadis beberapa kali di taman rekreasi

Rohana Wahed
Rohana Wahed
27/07/2018
23:02 MYT
Remaja 15 tahun ditahan kerana rogol gadis beberapa kali di taman rekreasi
Laporan berhubung kes tersebut dibuat ahli keluarga mangsa. - Gambar hiasan
Pengakuan seorang gadis berusia 14 tahun yang diperkosa beberapa kali membawa kepada penangkapan seorang remaja 15 tahun di Kampung Gersik, Kuching lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, insiden itu dipercayai berlaku beberapa kali di taman rekreasi berhampiran bangunan kerajaan negeri.
"Pada 25 Julai lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol sebanyak tiga kali oleh seorang remaja lelaki berumur 15 tahun," katanya pada Jumaat.
Difahamkan, mangsa mengenali suspek sejak 2 Jun lalu.
Kata Ah Lek, laporan berhubung kes tersebut dibuat ahli keluarga mangsa.
"Pihak polis menjalankan siasatan sebelum menangkap suspek di rumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#ahli keluarga
#gadis
#Kampung Gersik
#Ketua Polis Daerah Kuching
#Kuching
#Ng Ah Lek
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan