JELEBU: Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 15 tahun membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya yang berusia 14 tahun yang mana hubungan mereka adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama.
Kesalahan itu dilakukan antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 lalu pada pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah rumah di Jempol.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama, di lokasi sama pada 11 malam hingga 12 malam antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376b (1) Kanun Keseksaan yang boleh berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pegawai perubatan pada 16 Disember lalu dimaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di sebuah rumah.
Pasukan perubatan kemudian ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.
Difahamkan, mangsa telah melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.
Majistret Norshazwani pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga serta dikenakan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh pula dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi mahupun mendekati mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala remaja berkenaan tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 23 2023

Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak. - Foto Astro AWANI

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Remaja 15 tahun mengaku bersalah rogol adik kandung hingga lahirkan anak
Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak.

Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun dan 20 kali sebatan
Lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada kakak mangsa dan pasangan itu telah bercerai enam tahun selepas kejadian rogol itu dilaporkan.

Rogol adik ipar, tukang kebun dihukum penjara 20 tahun, 20 sebatan
Tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.

Sakit perut bongkar abang rogol adik hingga mengandung
Suspek yang bekerja sebagai petani diberkas polis di rumahnya di Kadok pada jam 2.50 petang.

Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun
Tindakan suspek merogol mangsa bergilir-gilir di rumah mereka akhirnya mengundang padah apabila dicekup polis.

Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun
Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya.

Gadis dirogol dua abang kandung ketika tidur
Ibarat syaitan yang bertopengkan manusia, dua lelaki tergamak merogol adik kandung mereka sendiri dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Papar, pada Rabu lalu.