awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 16 tahun mati lemas di Tanjung Bidara

Bernama
Bernama
03/04/2017
12:47 MYT
Remaja 16 tahun mati lemas di Tanjung Bidara
Mangsa dijumpai anggota pasukan penyelamat dan orang awam kira-kira 20 meter dari pesisir pantai pada 12.30 tengah hari.
Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah berakhir tragedi apabila ditemukan mati lemas tengah hari tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka mangsa, Muhammad Hamdani Mohd Asri dijumpai anggota pasukan penyelamat dan orang awam kira-kira 20 meter dari pesisir pantai pada 12.30 tengah hari.
"APM menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Melaka Tengah pada 10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11.15 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh pengunjung resort di pantai berkenaan iaitu abang kepada mangsa, Redzuan Ariff, 24, yang ditemui pada 11 pagi dan terus dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan lanjut.
Kenyataan itu menyebut operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba dengan bantuan agensi penguat kuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APM dan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A. Asmadi Abd Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#Kampung Balik Baru
#mati lemas
#Tanjung Bidara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan