awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 17 tahun antara 77 individu ditahan terlibat sindiket Forex

Bernama
Bernama
23/06/2023
22:00 MYT
Remaja 17 tahun antara 77 individu ditahan terlibat sindiket Forex
Seramai 77 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan mata wang asing ditahan dalam sebuah premis di Brickfields, ibu negara, pada Khamis. - Gambar ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Seramai 77 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan mata wang asing (Forex), pada Khamis.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 17 tahun hingga 37 tahun itu ditahan dalam sebuah premis di Brickfields, ibu negara.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, tangkapan melibatkan 38 lelaki dan 28 wanita tempatan, selain 11 warga asing termasuk enam wanita.
"Hasil siasatan mendapati, sindiket penipuan dalam talian itu menggunakan laman sesawang untuk memperdaya mangsa bukan hanya dalam kalangan pelabur tempatan, tetapi juga di luar negara.
"Serbuan turut merampas 35 unit komputer, 20 telefon bimbit tujuh pasport, 38 pas pekerja serta masing-masing satu satu komputer riba, tablet, router dan modem," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kesemua suspek direman dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420/120 Kanun Keseksaan.
"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan sila hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur03-21460584/0585," ujarnya.
Topic Berkaitan
#forex
#pelaburan mata wang asing
#sindiket
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan