awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 18 tahun tercucuk anak panah di hidung sewaktu menangkap ikan

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
16/03/2023
23:00 MYT
Remaja 18 tahun tercucuk anak panah di hidung sewaktu menangkap ikan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis. - Foto JBPM
RANAU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis.
Mangsa yang bersama rakannya sewaktu kejadian kemudian dikejarkan ke Hospital Ranau pada jam 4.30 petang sejurus kemalangan itu berlaku.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukannya menerima panggilan pada jam 4.59 petang daripada pihak hospital setelah cubaan mengeluarkan anak panah tersebut tidak berjaya.
Tiga orang pegawai bomba kemudian diarahkan ke hospital berkenaan bagi menjalankan operasi mengeluarkan anak panah terbabit.
"Bilik kawalan Balai Bomba Dan Penyelamat Ranau terima panggilan kecemasan daripada pihak hospital terdapat seorang remaja tercucuk anak panah di bahagian hidungnya.
"Sejurus tiba, pasukan Bomba bertindak memotong anak panah dengan menggunakan bolt cutter.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya", menurut kenyataan dikeluarkan itu.
Operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang, selepas 10 minit usaha mengeluarkan anak panah tersebut berjaya.
Topic Berkaitan
#remaja
#tercucuk anak panah
#tangkap ikan
#Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan