awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja berusia 19 tahun antara empat ditahan mengedar dadah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/12/2020
11:04 MYT
Remaja berusia 19 tahun antara empat ditahan mengedar dadah
Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua dadah itu boleh dibekalkan kepada lebih 3,000 penagih. - Gambar IPD Petaling Jaya.
PETALING JAYA:Seorang remaja berusia 19 tahun adalah antara empat individu yang ditahan polis dalam dua serbuan berasingan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya sejak dua tahun yang lalu.
Turut dirampas ialah tiga bungkusan lutsinar mengandungi tiga kilogram (kg) ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja bernilai RM15,000.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua dadah itu boleh dibekalkan kepada lebih 3,000 penagih.
Menurutnya, saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati kesemua mereka positif dadah.
Beliau berkata, dalam serbuan pertama di kawasan Bandar Damansara Perdana, polis menahan dua individu berusia 19 dan 23 tahun.
"Selain sebuah motosikal jenis Yamaha LC, kita turut merampas satu bungkusan lutsinar mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja anggaran satu kilogram bernilai RM5,000," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, dalam serbuan kedua, Nik Ezanee berkata, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun di Sungai Way.
Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menjumpai dua bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah seberat dua kilogram bernilai RM10,000.
"Siasatan awal mendapati, kereta Kia Picanto yang digunakan suspek itu disewa menerusi aplikasi mudah alih Socar," katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dijalankan.
Jika disabit salah, mereka boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
Topic Berkaitan
#Dadah
#ganja
#pesalah remaja
#39B Akta Daedah Berbahaya 1952
#hukuman gantung sampai mati
#IPD Petaling Jaya
#Ketua Polis Negara
#ditahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan