awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki

Afiezul Samit
Afiezul Samit
19/01/2021
01:34 MYT
Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Tatau ditemukan putus tangan, patah kaki
Mangsa ditemukan penduduk kampung terapung kira-kira 400 meter dari lokasi dia jatuh. - Foto JPBM Sarawak
BINTULU:Seorang remaja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai di Kampung Hilir, Tatau ditemui tidak bernyawa pada tengah malam Selasa.
Mayat Affanirul Abdullah, 14 tahun, ditemui penduduk kampung terapung dalam keadaan tidak sempurna iaitu kaki kirinya patah manakala tangan kanan putus.
Mayat remaja lelaki malang itu juga ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi dia terjatuh.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, mayat mangsa ditemui sekitar pukul 12.20 tengah malam Selasa oleh penduduk kampung.
"Ketika ditemui sebahagian daripada tubuh badan mangsa tidak sempurna iaitu patah kaki kiri dan tangan sebelah kanan telah putus berkemungkinan akibat serangan buaya," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Katanya, sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bergegas ke lokasi dan mengesahkan penemuan tersebut.
Semalam, dalam kejadian pukul 1.28 petang, mangsa dilaporkan terjatuh ke sungai di kampung berkenaan.
 Mangsa ditemukan penduduk kampung terapung kira-kira 400 meter dari lokasi dia jatuh.
Mangsa ditemukan penduduk kampung terapung kira-kira 400 meter dari lokasi dia jatuh.
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#Sungai Tatau
#Bintulu
#mangsa putus tangan
#Affanirul Abdullah
#Bomba Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan