awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dikhuatiri lemas tergelincir ke Sungai Kelantan

Bernama
Bernama
03/01/2017
23:02 MYT
Remaja dikhuatiri lemas tergelincir ke Sungai Kelantan
Remaja terbabit dikatakan bermain di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan sebelum tergelincir ke dalam sungai lalu dihanyutkan arus deras. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dikatakan tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Laut, di sini petang Selasa.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan Ayub Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan remaja itu, Wan Rostam Danaeil Wan Roszan pada pukul 5.34 petang.
"Operasi mencari masih dijalankan walaupun menghadapi keadaan cuaca kurang baik serta arus sungai yang deras," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bapa remaja itu, Wan Roszan Wan Abd Majid, 47, berkata anaknya dikatakan bermain di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan sebelum tergelincir ke dalam sungai lalu dihanyutkan arus deras.
Beliau berkata penduduk kampung yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada isterinya yang mengusahakan gerai menjual pisang goreng berdekatan kawasan berkenaan.
Mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
"Saya harap usaha mencari yang dijalankan pihak berkuasa akan berhasil," katanya di lokasi kejadian. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#remaja dikhuatiri lemas
#Sungai Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan