awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja ditahan miliki motosikal curi

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2021
03:05 MYT
Remaja ditahan miliki motosikal curi
Anggota polis melakukan pemeriksaan ketika Ops Bersepadu Motosikal di susur keluar Plaza Tol Sri Jaya, Maran pada Ahad. - Foto ihsan PDRM Maran
KUANTAN: Seorang remaja lelaki bawah umur ditahan selepas dipercayai memiliki motosikal curi dalam satu sekatan jalan raya di susur keluar Plaza Tol Sri Jaya, Maran pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, remaja berusia 16 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan pemeriksaan pada nombor casis serta enjin tidak dapat dibaca.
"Susulan itu semakan pada nombor chasis dalam Sistem Pengurusan Rekod Jenayah (SPRJ) mendapati motosikal terbabit dilaporkan hilang di Majidee, Johor.
"Remaja itu ditahan manakala motosikal dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Remaja itu ditahan dalam Ops Bersepadu Motosikal yang berakhir pada pagi Ahad membabitkan seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Polis Maran dan Balai Polis Sri Jaya.
Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 92 saman kepada pemilik kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#motosikal
#curi
#remaja
#Ops Bersepadu Motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan