awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang di tali air ditemukan lemas

Bernama
Bernama
17/12/2023
04:59 MYT
Remaja hilang di tali air ditemukan lemas
Mayat Muhammad Amirul Haikal ditemukan kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. -Bernama
KUANTAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi di tali air Perkampungan Indera Sempurna di sini pada Jumaat lepas, ditemukan lemas pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mayat Muhammad Amirul Haikal Che Jaapa ditemukan kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada 10.22 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Muhammad Amirul Haikal, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau di sini, dilaporkan hilang kira-kira 3.50 petang Jumaat semasa mandi di tali air yang terletak berhampiran rumahnya bersama enam rakan.
Mangsa dan rakan didakwa mula mandi pada 3.10 petang dan naik ke tebing selepas menyedari paras air semakin dalam, namun mangsa dikatakan tergelincir jatuh dan hanyut dibawa arus.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan pada petang Jumaat dan operasi hari kedua semalam, turut melibatkan dua anjing pengesan (K9) bomba iaitu Denti dan Frankie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki 14 tahun hilang
#ditemukan lemas
#tali air Perkampungan Indera Sempurna
#Muhammad Amirul Haikal Che Jaapa
#PDPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan