awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan adik

Bernama
Bernama
27/07/2024
14:15 MYT
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan adik
Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira 3.05 petang yang memaklumkan mangsa, Muhammad Izzham Hakimie Azizi, 15, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya.
"Mangsa ke pantai itu pada 2 petang bersama-sama abang ipar, kakak dan adik perempuan serta lima lagi rakannya untuk menyambut hari lahir adiknya. Selepas sambutan itu, mangsa bersama adiknya dan dua rakan lelaki telah turun ke pantai untuk mandi.
"Kakak mangsa hanya menyedari kejadian selepas melihat dua mangsa terapung di tepi laut dan orang ramai cuba menyelamatkan mereka. Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiga mangsa yang berjaya diselamatkan itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan berada dalam keadaan stabil di wad biasa.
"Operasi mencari dan menyelamat melibatkan enam pegawai dan 43 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#dikhuatiri lemas
#cuba selamatkan adik
#Langkawi
#pantai cenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan