awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki lemas dibawa arus sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2025
01:00 MYT
Remaja lelaki lemas dibawa arus sungai
Remaja dilaporkan lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya di Sungai Lanas, Kampung Pinipi Lanas, Sook. - Foto Sinar Harian
SOOK: Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya di Sungai Lanas, Kampung Pinipi Lanas, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, remaja berusia 14 tahun terbabit dilaporkan dibawa arus sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 4.40 petang.
Menurutnya, seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Sook.
“Menurut pengadu, mangsa mandi bersama ahli keluarganya di sungai tersebut dan ketika kejadian dia tiba-tiba dibawa arus serta tidak sempat menyelamatkan diri.
“Penduduk kampung bertindak mencari mangsa dengan menyelam di dalam sungai dan berjaya menemuinya pada jam 5.15 petang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Tambahnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6 petang,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#bomba
#Sook
#remaja lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami