awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas, seorang selamat di Tasik Tiga Beradik

Bernama
Bernama
24/10/2022
09:29 MYT
Remaja lemas, seorang selamat di Tasik Tiga Beradik
Kesemua remaja terbabit yang terdiri daripada empat lelaki serta dua perempuan itu dipercayai melakukan aktiviti mendaki sebelum mandi di tasik berkenaan.- Gambar hiasan
PASIR GUDANG: Seorang remaja lelaki lemas manakala seorang lagi selamat ketika mandi di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam, di sini pagi tadi.
Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu yang merupakan rakan sekolah mandi di tasik berkenaan bersama empat lagi rakan mereka.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.57 pagi berhubung kejadian lemas membabitkan dua mangsa.
Beliau berkata bagaimanapun, seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.
"Setibanya di lokasi kejadian, PKO segera menjalankan operasi mencari mangsa kedua sebelum menjumpainya di tasik sedalam kira-kira tiga meter dan sejauh tujuh meter dari tebing.
"Mangsa kemudian dibawa naik sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saifulbahri berkata terdahulu kesemua remaja terbabit yang terdiri daripada empat lelaki serta dua perempuan itu dipercayai melakukan aktiviti mendaki sebelum mandi di tasik berkenaan.
Operasi tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#Tasik Tiga Beradik
#Bomba Johor Jaya
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan