awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas tergelincir di air terjun ketika bergambar

Bernama
Bernama
06/04/2025
13:45 MYT
Remaja lemas tergelincir di air terjun ketika bergambar
Salahuddin berkata operasi membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung dan tali menyelamat berdepan kesukaran berikutan arus deras. - Gambar JBPM Pahang
KUANTAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir ketika bergambar di air terjun Lata Jarum, Ulu Dong, Raub petang tadi.
Penguasa Kanan Bomba I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa berkata Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami, 18, sebelum itu berkunjung ke kawasan air terjun itu bersama dua rakannya untuk berkelah.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.10 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub digegaskan ke lokasi kejadian.
"Mangsa adalah penduduk kampung di sekitar kawasan air terjun itu. Dia hanya datang untuk berkelah bersama rakan dan tidak mandi. Mangsa bagaimanapun tergelincir ke dalam air terjun semasa hendak bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan di situ.
"Yang mengambil gambar ialah rakannya dan mangsa berjaya dijumpai pasukan bomba dengan bantuan orang awam kira-kira 5.42 petang pada kedalaman kira-kira 3.04 meter, di lokasi dia dilaporkan tergelincir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Salahuddin berkata operasi membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung dan tali menyelamat berdepan kesukaran berikutan arus deras.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#lemas
#tali penyelamat
#lokasi kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan