awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas terjatuh dalam longkang di Skudai

Bernama
Bernama
24/03/2023
16:03 MYT
Remaja lemas terjatuh dalam longkang di Skudai
Mangsa dikenali sebagai Brenhart Igoh Ajun, bersama dua rakannya yang tinggal di flat berdekatan dipercayai cuba melintas longkang tersebut, namun mangsa gagal dan terus terjatuh ke dalam longkang yang ketika itu air sangat deras. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkedalaman dua meter di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, Skudai, di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan remaja tempatan berusia 13 tahun itu pada jam 4 petang.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Brenhart Igoh Ajun, bersama dua rakannya yang tinggal di flat berdekatan dipercayai cuba melintas longkang tersebut, namun mangsa gagal dan terus terjatuh ke dalam longkang yang ketika itu air sangat deras.
"Pasukan Keluaran Operasi bertindak menggunakan seunit tali dan masuk ke dalam pembentung bagi menyelamatkan mangsa yang tersangkut, selepas itu mangsa dibawa ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan malam Jumaat.
Beliau berkata pasukan turut melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan tiba di lokasi kejadian, namun mangsa selepas itu disahkan telah meninggal dunia.
Mohamad Riduan berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#cpr
#meninggal dunia
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan